Salam Syawal semua,
Kini saya akan cuba spend time untuk menulis dan berkongsi gambar untuk tatapan semua. Saya rasa inilah masa untuk saya spare sikit tentang kegilaan bergambar… hahaha…
Raya tahun ini banyak masa dihabiskan di Pekan. Johor 2 hari selebihnya di rumah family saya di Sepang. Tak banyak boleh diperkatakan cuma kali ini banyak melibatkan gambar portrait. Seperti biasa, bila dalam keadaan riuh-riuh ini, teknik sudah tidak berguna lagi… lebih-lebih lagi orang ketiga yang tidak mahu berenggang ni… so, mana yang sempat aje lah. Keinginan itu ada, cuba bila dah ada baby ni… kamera pun hanya jadi hiasan dan bebanan di bahu… hehehe….
Saya telah banyak mencuba mengambil gambar tanpa menggunakan flash, namun bila adanya anak-anak kecil ini, flash dan speed memainkan peranan penting supaya tidak blur gambar yang di ambil. Of course through out the ocassion, gambar anak dan mama dia aje jadi pin point… yang lain tu dah macam tak penting dah sangat… tapi oleh kerana anak ni… nampak aje abah dia pegang camera, terus nak dukung nak pegang jugak… hehehe nak buat camne… ikutkan saja….
Sempat juga kengkawan lama datang umah selepas Raya, and of course, flash dan speed amat penting… huhuhuh… ISO dah tinggi pun masih kena pakai flash…
Oleh kerana tak dapat nak ambil gambar kami bertiga waktu raya tempohari, kini, dipakaikan semula tema orange untuk kami framekan tak lama lagi. telah pun di edit dan akan di hantar untuk printing dan diletakkan di wall of memories of us…