Detik datangnya banjir tak berapa lama lalu di Pahang telah banyak menyedarkan saya tentang kekuasaan ALLAH SWT. Saya tidak dapat mengambil gambar dengan banyak waktu itu tatkala hujan yang turun tanpa henti dan banyak juga aktiviti membantu mangsa banjir yang saya sertai.
Banjir yang melanda telah banyak mendatangkan kemusnahan harta benda. Sungguh menyedihkan ada di kalangan mereka tinggal sehelai sepinggang. Di segenap jalan raya di Kuantan telah dipenuhi dengan air.
Ramai yang terlibat untuk banjir kali ini. Amat membanggakan, ramai yang turut membantu mangsa-mangsa terutama daripada rakyat sendiri. Masih saya ingat berlori-lori bantuan datang ke Kuantan pada waktu itu. Dari lori biasa hingga ke Truck Tentera semuanya penuh dengan barangan makanan untuk mangsa banjir.
Pengalaman yang susah nak dilupakan, maklumlah dengan 4x4 meredah air sedalam peha… dan melihatkan kereta-kereta yang sangkut dalam banjir dengan mereka-mereka yang berebut untuk mendapatkan bantuan banjir. Dalam keadaan ini, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengharung banjir dan bermain air yang mengalir seperti air hujan ini.
Tak kurang juga mereka yang berebut menebar jala dan memancing. Sesungguhnya dalam keadaan banjir ini bukan sahaja duka ada yang bergembira dan mengambil keuntungan terhadap kesusahan orang lain. Semoga kita terus membantu antara kita dan meningkatkan iman kita terhadap yang maha Esa. Berikut saya paparkan gambar-gambar yang sempat saya snap waktu hujan tempoh hari.
No comments:
Post a Comment