Sunday 17 February 2013

Perfect Place

Salam sahabat pencinta alam,

Bersyukur atas ke atas Allah yang menciptakan alam ini dan memberikan nikmat keindahan mata kepada umat yang dikehendaki. Pada cuti Raya Cina kelmarin, saya diberikan nikmat untuk berjalan ke bahagian barat Semenanjung Malaysia. Fokus saya, kebanyakkan nya adalah untuk mencari suatu pemandangan indah untuk saya berkarya dalam menghasilkan photo dan mengasah ilmu yang sudah sedikit berkarat.

DSC_0100

Perjalanan dari Rawang, terus ke Lukut, Negeri Sembilan membuatkan saya teruja untuk terus ke Pantai yang terkenal di sini iaitu Port Dickson. Oleh kerana terlalu packed dengan pengunjung dan susah untuk saya mencari kawasan sesuai untuk meletakkan kenderaan, saya mengubah haluan semula ke tempat lain. Syukur, kerana terdapat satu bilik hotel di Lukut yang masih kosong di musim cuti yang panjang ini. Kerana terlalu lewat, saya mengambil keputusan untuk bermalam di Hotel Guest SPA, di Lukut. Hotel baru dan sangat bagus faksilitinya.

DSC_0103 copy

Pantai merupakan satu tempat yang sesuai bagi sesetengah orang melihat kebesaranNya. Saya telah turun ke Pantai Bagan Lalang di hari berikutnya untuk mendapatkan ketenangan yang di impikan. Masih teringat semasa saya di jeti Kuala Pahang beberapa tahun yang sudah. Kini saya bertemu lagi satu jeti usang di Pantai Bagan Lalang ini. Ironicnya, ciri-cirinya hampir sama dan menarik kepada penggemar photography.

Panorama ini di menarikkan lagi dengan lembah pantainya yang tenang, cuaca yang agak mendung, dengan berlatar belakangkan Sepang Gold Coast. Sesungguhnya, keindahan ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mengekalkan keindahan ini adalah sangat perlu bagi memelihara kehidupa di sekelilingnya.

DSC_0107 copy

Diwaktu ketibaan saya di sini, air laut memang sudah surut. Percubaan saya untuk mengambil gambar refleksi air tidak menjadi kerana airnya tidak banyak. Maka, saya menukar objektif dengan mengambil gambat panorama pantai yang indah ini. Sesungguhnya, menghasilkan photo dengan melibatkan detail yang lebih jelas adalah amat sukar. Bagi Nikon D60 saya, ianya sedikit rumit kerana, saya cuma boleh melihat detailnya selepas di masukkan ke dalam pc. Amat beruntung bagi mereka yang mempunya screen yang lebih besar.

DSC_0114 copy

Ini lah persoalan yang perlu kita tanya. Dari mana datangnya indah ini? Bagi Nya, kehadiran manusia, deruan air laut, angin, awan, udara dan sebagainya, menjadikan ia lebih bermakna di dalam photo kita. Yang kita perlukan adalah menjaga, dan merakamkan keindahan ini supaya sentiasa mengingati Allah yang menciptakannya. Nantikan post saya yang akan datang dengan cerita yang lebih menarik perhaps….

No comments:

Post a Comment

Photo shoot Feb 2013

Photo shoot Feb 2013
The Crew!!! Thanks guys!

You and Me


Enuff